Tuesday, 6 March 2012

Hikmah Sujud Dalam Perubatan


Salam ukhwahfillah semua..
hmm..tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi? 

Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk: 

1. Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat. 

2. Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.
 



Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal. Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T.mengalakkan kita bersujud lama. 
Dari segi ilmu perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migraine, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran seterusnya menguatkan mentaliti kita. 

3. Menurut Dr.Mohd Osman Nasir, hikmah sujud antara lain ialah:
a. Melegakan sistem pernafasan (relived congestion for breathing)
b. Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya 

4. Bernafas ketika sujud akan: 
a. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya 
b. Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb) 
c. Melegakan sakit hernia 
d. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid 
e. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan (high parts of the lungs) 
f. Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa) 
g. Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh 
h. Meringankan bahagian PELVIS 
i. Memberi dorongan untuk mudah tidur 
j. Mengerakkan otot bahu, dada,leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya 
k. Gerakan otot -otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation) 
l. Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada 
m. Mengurangkan kegemukkan (obesity) 
n. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions) 
o. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen 
p. Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS dan ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM 

Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri dihadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan. Ya Allah..hebatkan kuasa Allah kawan2..dengan kita sujud jer kepada DIA dah boleh rawat banyak penyakit...sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah...tiada yang boleh memberi & menyembuhkan penyakit selain Allah...ALLAHU AKBAR!!!


Cinta Kopi Masin


salam ukhwah semua..
kisah nie sebenarnya adalah rekaan jer semata-mata..saje untuk menghiburkan hati semua..haha..
selamat membaca ye...

pada suatu hari seorang pemuda telah bertemu dengan seorang gadis di sebuah pesta, gadis yang menakjubkan. Banyak jejaka berusaha mendekati gadis itu. Sedangkan dia sendiri hanya seorang pemuda biasa yang tiada rupa paras. Tiada seorang gadis pun yang begitu mempedulikannya. Apabila pesta telah selesai, dia mengundang gadis itu untuk minum kopi bersamanya. Walaupun terkejut dengan undangan yang mendadak, si gadis tidak mahu mengecewakannya. Mereka berdua duduk di sebuah kedai kopi yang begitu nyaman. Si pemuda tersebut begitu gugup untuk mengatakan sesuatu, sedangkan si gadis merasa
sangat tidak selesa.

“Cepat katakan sesuatu. Aku ingin segera pulang”, kata si gadis
dalam hatinya.

Tiba-tiba si pemuda berkata pada pelayan, “Tolong ambilkan saya
garam. Saya ingin membubuhkan dalam kopi saya.”

Semua orang memandang dan melihat aneh padanya. Mukanya mendadak menjadi merah, tapi dia tetap mengambil dan membubuhkan garam serta meminum kopinya. Sang gadis bertanya dengan penuh rasa ingin tahu kepadanya, “Kenapa awak sangat aneh?”.

 inilah dia kopi masin..nak cube,,hihi

“Saat aku masih kecil, aku tinggal dekat laut. Aku sangat suka bermain-main di laut, di mana aku dapat merasakan laut… masin dan pahit. Sama seperti rasa kopi ini”,jawab si pemuda itu.

“Sekarang, tiap kali aku minum kopi masin, aku jadi teringat akan masa kecilku, tanah kelahiranku. Aku sangat merindukan kampung halamanku, rindu kedua orang tuaku yang masih tinggal di sana”, lanjutnya dengan mata berlinang. Sang gadis begitu terharu. Itu adalah hal sangat menyentuh hati. Perasaan yang begitu dalam dari seorang laki-laki yang mengungkapkan kerinduan akan kampung halamannya. Ia pasti seorang yang mencintai
dan begitu mengambil berat akan rumah dan keluarganya. Ia pasti mempunyai rasa tanggungjawab akan tempat tinggal dan orang tuanya. Kemudian sang gadis memulakan perbualan, mulai bercerita tentang tempat tinggalnya yang jauh, masa kecilnya, keluarganya…Perbualan yang sangat menarik bagi mereka berdua. Dan itu juga merupakan permulaan yang indah dari kisah cinta mereka. Mereka terus menjalin hubungan. Sang gadis menyedari bahawa dia adalah lelaki idamannya. Dia begitu toleran, baik hati, hangat, penuh perhatian…kesimpulannya dia adalah lelaki baik yang hampir saja diabaikan begitu saja.

Untung saja ada kopi masin !

Seperti setiap kisah cinta yang indah: sang puteri menikah dengan sang putera, dan mereka hidup bahagia… Begitulah lelaki dan gadis itu akhirnya bernikah. Dan, setiap kali dia membuatkan suaminya secangkir kopi, dia membubuhkan sedikit garam di dalamnya, kerana
dia tahu itulah kesukaan suaminya. Setelah 40 tahun berlalu, si pemuda tersebut meninggal dunia. Dia meninggalkan sepucuk surat bagi isterinya:

“Sayangku, maafkanlah aku. Maafkan kebohongan yang telah aku buat
sepanjang hidupku. Ini adalah satu-satunya kebohonganku padamu—
tentang kopi masin. Kamu ingatkan saat kita pertama kali berkenalan?
Aku sangat gugup waktu itu. Sebenarnya aku menginginkan sedikit
gula. Tapi aku telah mengatakan garam. Waktu itu aku ingin
membatalkannya, tapi aku tak sanggup, maka aku biarkan saja
semuanya. Aku tak pernah sangka hal itu akan menjadi awal perbualan
kita. Aku telah mencuba untuk mengatakan hal yang sebenarnya
kepadamu. Aku telah mencubanya beberapa kali dalam hidupku, tapi aku
begitu takut untuk melakukannya, kerana aku telah berjanji untuk
tidak menyembunyikan apapun darimu… Sekarang saat kau membaca surat
ini, aku sudah tiada. Tidak ada lagi yang perlu aku bimbangkan, maka
aku akan mengatakan ini padamu: Aku tidak menyukai kopi yang masin.
Tapi sejak aku mengenalimu, aku selalu minum kopi yang rasanya masin
sepanjang hidupku. Aku tidak pernah menyesal atas semua yang telah
aku lakukan padamu. Aku tidak pernah menyesali semuanya. Dapat
berada disampingmu adalah kebahagiaan terbesar dalam hidupku. Jika
aku punya kesempatan untuk menjalani hidup sekali lagi, aku tetap
akan berusaha mengenalimu dan menjadikanmu isteriku walaupun aku
harus minum kopi masin sekali lagi.”

Sambil membaca, airmatanya membasahi surat itu.
Suatu hari seseorang telah bertanyanya, “Bagaimana rasa kopi masin?” 
Si gadis pasti  menjawab, “Rasanya begitu manis.”

Moral:
Moralnya disini kadang-kadang kite merasakan anda mengenali seseorang lebih baik
dari orang lain, tapi hanya untuk menyedari bahawa pendapat kite tentang seseorang itu bukan seperti yang kite gambarkan. samalah seperti kisah kopi masin tadi...

Pedoman Kisah Nabi Yusuf dan Siti Zulaikha


Dahulu hidupnya di dalam kemuliaan dan kemewahan. Dia seorang perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik dan juga menawan.
Siti Zulaikha…
Pada asalnya adalah dia merupakan isteri kepada Al Aziz, seorang pembesar Mesir. Namun setelah ketiadaan suaminya, ia menjadi jatuh miskin dan wajahnya menjadi kelihatan tua. Meskipun begitu, kecintaannya kepada Nabi Yusuf A.S tetap sama. Tidak berubah malah hari demi hari, zulaikha semakin merindui dan mencintai Nabi Yusuf A.S.
Hari-harinya berlalu dengan kekecewaan. Zulaikha yang sebelum ini seorang penyembah berhala. Dia pernah menghempas berhala – berhala tersebut sehingga pecah berderai. Sehinggalah pada suatu masa, Zulaikha beriman kepada Allah SWT.
Pada suatu malam, Zulaikha bermunajat kepada Allah SWT,
“Ya Allah, tidak sedikit pun harta dan kekayaanku tinggal, semuanya telah musnah, dan aku telah menjadiorang yang tua, terhina dan miskin. Lalu Engkau uji pula dengan rasa cinta terhadap Yusuf. Maka pertemukanlah aku dengannya atau Engkau hilangkanlah rasa cinta terhadapnya daripada qalbuku.”
Para malaikat mendengar munajat Siti Zulaikha tersebut lalu berkata :
” Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Zulaikha telah datang ke HadhratMu, memohon kepadaMu dengan iman dan ikhlas.”
Maka Allah berfirman :
” Wahai para malaikat Ku, telah dekat waktu keuntungan dan kebebasannya.”

Siti Zulaikha Menemui Rombongan Yusuf As.
Pada suatu hari, Nabi Yusuf A.S berjalan melewati pondok Siti Zulaikha bersama dengan rombongan tenteranya. Maka keluarlah Ziti Zulaikha dari dalam pondoknya, dan pergi menemui rombongan Nabi Yusuf A.s lalu berkata,
” Maha Suci Zat yang telah menjadikan dengan RahmatNya seorang budak menjadi raja”
Kemudian Yusuf A.s bertanya :
“Siapakah engkau?
Zulaikha menjawab :
“Aku adalah orang yang telah membelimu dengan permata, intan, berlian, emas, dan minyak yang paling wangi. Akulah orang yang tidak pernah kenyang apabila makan semenjak aku menyintaimu, dan mataku tidak dapat dipejamkan semenjak memandangmu.
Lalu Nabi Yusuf A.s berkata :
“Mungkin engkau adalah Zulaikha!”
Jawab Zulaikha,
“Benar Ya Yusuf”
Yusuf bertanya lagi,
“Kemanakah harta, kecantikan dan segala kemewahanmu yang dahulu?”
Zulaikha menjawab,
“Semuanya telah lenyap lantaran cintaku kepadamu,
Yusuf bertanya,
“Bagaimana dengan keadaan cintamu itu?
Zulaikha berkata,
“Cintaku tetap tidak berubah, malah setiap saat semakin menyintaimu
Kemudian Yusuf as berkata kepada Zulaikha,
“Apakah yang engkau inginkan lagi wahai Zulaikha?”
Zulaikha menjawab,
“Aku mengingini tiga (3) perkara iaitu kecantikan, harta dan perkahwinan.”
Lalu Yusuf as berlalu pergi untuk meninggalkan Zulaikha.
Allah SWT Menikahkan Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
Allah SWT telah mewahyukan Yusuf as ketika baginda berlalu pergi meninggalkan Zulaikha.
“Wahai Yusuf, engkau telah berkata kepada Zulaikha apa yang engkau inginkan. Akan tetapi engkau tidak memberikan jawapan diatas keinginannya itu.  Ketahuilah olehmu, bahawasanya Allah telah mengahwinkanmu dengan Zulaikha, Dia telah mengucapkan khutbahnya sendiri, disaksikan oleh para malaikat dan bidadari – bidadari yang pun telah menabur bunga – bunga.
Nabi Yusuf as berkata kepada Jibril as,
“Wahai Jibril, sesungguhnya Zulaikha tidak lagi memeliki harta dan kecantikan.
Jibral As lantas menjawab,
“Allah berfirman, walaupun Zulaikha tidak memeliki kecantikannya lagi, namun sesungguhnya Aku mempunyai kekuasaaan dan kebesaran.”
Kemudian Allah Swt memberikan kepada Zulaikha rupa paras yang muda dan sangat cantik, melebihi daripada kecantikan yang pernah dimilikinya dahulu. Lalu Allah SWT menanamkan ke dalam hati Yusuf rasa cinta dan kasih sayang. Sebelumnya Yusuf sebagai orang yang dicintai, namun sekarang Yusuf menjadi seorang pencinta. Sedangkan pada suatu ketika dahulu Zulaikha menjadi seorang pencinta, kini dia menjadi orang yang dicintai.
Pedoman daripada kisah..
·         Allah lah yang menanam rasa cinta ke dalam hati manusia
·         Kecantikan, ketampanan, kekayaan dan segala macam bentuk kenikmatan adalah milik Allah dan Allah-lah yang berhak memberi dan menarik kembali apabila tiba masanya.
·         Ketika di dalam kekecewaan dan kebahagiaan, kita hendaklah menyerahkan segala – galanya kepada Allah Swt.

Monday, 5 March 2012

Kamal Ataturk Laknatullah


Salam ukhwah semua..kali nie saya nk kongsi cite cikit mengenai seorang pengkhianat umat Islam yang telah menjatuhkan Islam iaitu Kamal Ataturk.

Tanggal 3 Mac merupakan tarikh yang sepatutnya sentiasa diingati orang Islam seluruhnya. Tarikh ini menyaksikan kejatuhan Khilafah Islam Turki Uthmaniyah yang merupakan khilafah terakhir di zaman ini. Sudah 88 tahun dunia Islam menderita kerana kehilangan ‘bapanya’ pada tanggal 3 Mac 1924.

kamal attartuk

Tidak asing lagi dalam proses menjatuhkan empayar Islam ini adalah pengkhianat besar umat Islam, Kamal Ataturk. Pelbagai muslihat yang telah dilakukannya bersama barat dan yahudi dalam misi menghilangkan pelita umat Islam ini. Namun Allah membayar nasibnya secara terus di muka bumi dengan pengakhiran hidup yang penuh siksa.

Sewaktu menghampiri ajal Kamal Ataturk diserang penyakit dalam iaitu (sirrosis hepatis), disebabkan terlalu banyak alkohol arak di dalam badannya. Cairan berkumpul di dalam perutnya secara kronik. Ingatannya melemah dan darah mulai mengalir dari hidungnya tanpa henti. Dia juga diserang penyakit kelamin (GO), sehingga selalu menggaru bahagian tubuh antara kedua belah pehanya.

Cairan yang berkumpul pada bahagian perutnya memaksa doktor menyuntiknya dengan jarum, kerana perutnya membusung dan kedua kakinya membengkak. Hari demi hari kesihatannya semakin teruk, mukanya mengecil, darahnya berkurang, tubuhnya pucat seputih tulang sehingga dia tidak mampu bergerak sendiri.

Di saat-saat menjelang kematiannya, Ataturk minta dipanggilkan duta Inggeris, Lorraine, kerana hendak mewariskan kepimpinan Turki kepadanya. Orang Turki sibuk bercakap mengenai derita seksaan yang dihadapi Kamal Ataturk disebabkan penyakit yang sangat aneh itu. Selama sakit, dia berteriak sehingga teriakannya sampai ke bilik-bilik istana miliknya, iaitu Istana Dulamah Boghja di Konstantin. Akhirnya, tubuhnya tinggal tulang berbalut kulit.

Beratnya hanya 48 kg ketika dia mati. Gigi-giginya tanggal, mulutnya hampir bertemu dengan kedua alis matanya, dan dia berwasiat agar jenazahnya tidak disembahyangkan. Pada pagi khamis 10 November 1938, pergilah Kamal Ataturk dari alam dunia dalam keadaan dilaknat di langit dan di bumi.

Sewaktu mayatnya ingin dikuburkan dikatakan bumi tidak menerimanya (wallahu’alam bagaimana) tetapi tidak boleh ditanam dalam tanah. Akhirnya mayatnya ditempatkan di dalam marbel besar dan dibina sebuah bangunan khas, Anit Kabir (gambar) sebagai makamnya. Setelah 15 tahun kerajaan Turki mencuba lagi sekali untuk menanamnya tetapi gagal. Inilah azab yang menimpa Si Penghancur Khilafah di dunia lagi.Nauzzubillah minzaliq...semoga kita dilindungi dan dpelihara oleh Allah S.W.T...Amiinnn...

Rujukan:
1. Al-Manarah Al-Mafqudah, Dr Abdullah Azzam.

Hebat dan Uniknya Al-Quran,,


Sebelum scroll down, sila jalani test ini dulu ye. Peringatan, test ini tidak perlu menggunakan apa-apa alat bantuan. Hihi.

First Test

Tanpa menggunakan kalkulator, sila kira nombor dibawah,

2 15 x 30 ?

Second Test

Tanpa kertas dan pen, cuba bayangkan graf  Y=X

Dapat x? hm..haha

Third Test

Tanpa merujuk dan melihat pada mana-mana tempat rujukan, sila baca surah al-fatihah. Sampai habis ye..mesti dah hafalkan semua...

Sudah buat semua test? ok Bagus.

Sekarang, imbas kembali, semasa korang buat first test tadi, masa korang tengah kira-kira tadi, nombor-nombor tadi berlegar-legar di mana? Mesti macam berlegar-legar dekat otak korang kan? Malah, sesiapa yang lagi hebat, mesti dapat bayangkan nombor-nombor tu atas kepala korang kan, macam tengah tengok kalkulator jek. Hihi.

Second test pulak, bila suruh bayangkan graf Y=X tu, senang jer kan? Kacang je tu. Hekeleh, lain kali bagilah graf susah-susah sikit kan? Isk3. -.- Tapi tapi, itu bukan pointnya. Pointnya adalah, di mana korang letak graf tu masa kena suruh bayangkan tu? Mesti di depan mata korang seolah-olah tiba-tiba ada white board kan untuk korang letak graf tu? Wahh. Hebat kan? Sedia white board siap!

Sekarang, berganjak ke third test. Semua orang baca tak? kalau bace Alhamdulillah. Dapat pahala free. Hehe.. Haa, masa korang baca surah al-fatihah tadi, ada ke sesiapa yang bayangkan ayat-ayat surah tu dekat depan mata? Ada ke yang bayangkan ayat-ayat surah al-fatihah tu ada dekat white board macam masa korang lukis graf tadi? Ada ke sesiapa yang tiba-tiba terbayangkan muka surat pertama al-quran yang ada surah al-fatihah tu? Ada ke? Kalau ada, anda special. Tapi, kebanyakan orang, termasuk saya, tak terbayangkan ayat-ayat surah tu ada depan mata masa baca. Sebab apa?

Sebab pertama, sebab kita dah hafal, dan dah terbiasa baca surah tu.

Sebab kedua, sebab al-quran tu memang Allah letakkan di hati setiap manusia.

Even kalau baca surah lain pun, susah untuk kita terbayang ayat-ayat surah tu sebijik-sebijik ada depan mata. Sweet kan Allah? Allah letakkan al-quran tu dekat tempat yang paling penting dalam diri kita. Raja kepada setiap anggota kita. Ye, al-quran tu memang letaknya di HATI. Bukan di otak. Kalau kita menghafal benda pelajaran, kita memang akan senang terbayang di otak, tapi tidak al-quran.

Tapi, kenapa kita susah nak nangis bla baca al-quran? Kenapa kita susah nak hafal al-quran? Kenapa kita susah nak amalkan apa yang ada dalam al-quran? Padahal al-quran itu letaknya di hati?

Analogi;

Ada sehelai kertas yang putih bersih, setiap hari kita conteng dengan pensil, sehingga lama-kelamaan kertas putih tu semakin hitam dan tak nampak bahagian putihnya. Kalau nak nampak balik bahagian putih kertas tu, kita kena rajinkan diri padam bekas-bekas pensil tu. Walaupun susah, lama-lama akan hilang jugak.

Begitulah hati. Hati itu hakikatnya suci bersih. Tapi kerana banyak sangat karat-karat jahiliyah yang segan kita nak buang, hati yang suci tu menjadi hitam. Hati yang hitam & penuh karat ni bak kata orang, kebal, susah nak tembus. Sebab tu al-quran tu susah kita nak rasa kehebatannya. So, untuk mensucikan kembali hati, haruslah kita bermujahdah membuang segala karat-karat jahiliah yang menghitamkan hati tu. Baca al-quran setiap hari pun mampu untuk membersihkan hati. Nanti, bila hati dah bersih, mesti ayat al-quran tu kita akan rasa rohnya bila baca.

Hebat kan Allah? Allah sayang sangat dekat kita, sebab tu Allah bagi kita simpan surat cinta Dia dekat kita di hati kita. Se'sweet' cerita Vanila Coklat pun, takkan mampu untuk lawan sweetnya Allah ni. Betol x? haha..;-)
semoga ape yang saya smpaikan ini dapat kita hayati same2 dalam khidupan kita sharian..0k salam ukhwah fillah semua..

Friday, 2 March 2012

fuhh!!siap jugak akhirnya...

alhamdulillah..pertama sekali syukur ke hadrat ilahi kerana dgn limpah kurnia & nikmatnya akhirnya siap jgk blogku ini..hihi..walaupom byk masalah yg dhadapi termasuk keadaan internet yang 'slow',,tetapi semua tu bknlah menjadi penghalang utkku...haha,,sebenarnya aku pun xtau nak cite ape kat dlm ny,,selama nie pun bace blog org jer..xpnah ade niat pun nak wat blog sndiri..mgkin sbb xtau nak post ape kt dlm nie..haha,,


ok kwn2..sempena prasmian blogku ini..saye nak cite ckit la psal sifat sabar,,ckit je la..nak cite byk2 xpndi sgt..haha..sifat sabar nie sbnarnya bukanlah mudah nak ddidik dlm diri seseorg..ia memerlukan latihn setiap mase dan keadaan, jika tidak ia akan memakan diri kte sndiri..contoh yg senang kte tgk tym blajr..lg2 tym subjek yg ssah..ble xdpt jwb ckit jer msti kte stress..btol x..klo xbtol sye mntak maaf la..sbb sye ckp nie brdasarkn diri saye sndiri..hahaha..so kesimpulannya didiklh sifat sabar dlm dri kite smua kerana sabar itu adalah sbahagian daripada nilai yg sgt terpuji dan ia sgt indah...ok smpi sini je la ceritaku kali ini..lps nie kite jumpa lg..Assalam..