Salam ukhwah semua..kali nie saya nk kongsi cite cikit mengenai seorang pengkhianat umat Islam yang telah menjatuhkan Islam iaitu Kamal Ataturk.
Tanggal 3 Mac merupakan tarikh yang
sepatutnya sentiasa diingati orang Islam seluruhnya. Tarikh ini menyaksikan
kejatuhan Khilafah Islam Turki Uthmaniyah yang merupakan khilafah terakhir di
zaman ini. Sudah 88 tahun dunia Islam menderita kerana kehilangan ‘bapanya’
pada tanggal 3 Mac 1924.
kamal attartuk
Tidak asing
lagi dalam proses menjatuhkan empayar Islam ini adalah pengkhianat besar umat
Islam, Kamal Ataturk. Pelbagai muslihat yang telah dilakukannya bersama barat
dan yahudi dalam misi menghilangkan pelita umat Islam ini. Namun Allah membayar
nasibnya secara terus di muka bumi dengan pengakhiran hidup yang penuh siksa.
Sewaktu
menghampiri ajal Kamal Ataturk diserang penyakit dalam iaitu (sirrosis
hepatis), disebabkan terlalu banyak alkohol arak di dalam badannya. Cairan
berkumpul di dalam perutnya secara kronik. Ingatannya melemah dan darah mulai
mengalir dari hidungnya tanpa henti. Dia juga diserang penyakit kelamin (GO),
sehingga selalu menggaru bahagian tubuh antara kedua belah pehanya.
Cairan yang
berkumpul pada bahagian perutnya memaksa doktor menyuntiknya dengan jarum,
kerana perutnya membusung dan kedua kakinya membengkak. Hari demi hari
kesihatannya semakin teruk, mukanya mengecil, darahnya berkurang, tubuhnya
pucat seputih tulang sehingga dia tidak mampu bergerak sendiri.
Di saat-saat
menjelang kematiannya, Ataturk minta dipanggilkan duta Inggeris, Lorraine,
kerana hendak mewariskan kepimpinan Turki kepadanya. Orang Turki sibuk bercakap
mengenai derita seksaan yang dihadapi Kamal Ataturk disebabkan penyakit yang
sangat aneh itu. Selama sakit, dia berteriak sehingga teriakannya sampai ke
bilik-bilik istana miliknya, iaitu Istana Dulamah Boghja di Konstantin.
Akhirnya, tubuhnya tinggal tulang berbalut kulit.
Beratnya
hanya 48 kg ketika dia mati. Gigi-giginya tanggal, mulutnya hampir bertemu
dengan kedua alis matanya, dan dia berwasiat agar jenazahnya tidak
disembahyangkan. Pada pagi khamis 10 November 1938, pergilah Kamal Ataturk dari
alam dunia dalam keadaan dilaknat di langit dan di bumi.
Sewaktu
mayatnya ingin dikuburkan dikatakan bumi tidak menerimanya (wallahu’alam
bagaimana) tetapi tidak boleh ditanam dalam tanah. Akhirnya mayatnya
ditempatkan di dalam marbel besar dan dibina sebuah bangunan khas, Anit Kabir
(gambar) sebagai makamnya. Setelah 15 tahun kerajaan Turki mencuba lagi sekali
untuk menanamnya tetapi gagal. Inilah azab yang menimpa Si Penghancur Khilafah
di dunia lagi.Nauzzubillah minzaliq...semoga kita dilindungi dan dpelihara oleh Allah S.W.T...Amiinnn...
Rujukan:
1. Al-Manarah Al-Mafqudah, Dr Abdullah Azzam.
1. Al-Manarah Al-Mafqudah, Dr Abdullah Azzam.

nauzzubillah minzaliq..
ReplyDelete