Sebelum scroll down, sila jalani
test ini dulu ye. Peringatan, test ini tidak perlu menggunakan apa-apa alat
bantuan. Hihi.
First Test
Tanpa menggunakan kalkulator,
sila kira nombor dibawah,
2 + 15 x 3 - 9 + 30 = ?
Second Test
Tanpa kertas dan pen, cuba
bayangkan graf Y=X
Dapat x? hm..haha
Third Test
Tanpa merujuk dan melihat pada mana-mana
tempat rujukan, sila baca surah al-fatihah. Sampai habis ye..mesti dah hafalkan semua...
Sudah buat semua test? ok Bagus.
Sekarang, imbas kembali, semasa
korang buat first test tadi, masa korang tengah kira-kira tadi, nombor-nombor
tadi berlegar-legar di mana? Mesti macam berlegar-legar dekat otak korang kan?
Malah, sesiapa yang lagi hebat, mesti dapat bayangkan nombor-nombor tu atas
kepala korang kan, macam tengah tengok kalkulator jek. Hihi.
Second test pulak, bila suruh
bayangkan graf Y=X tu, senang jer kan? Kacang je tu. Hekeleh, lain kali
bagilah graf susah-susah sikit kan? Isk3. -.- Tapi tapi, itu bukan
pointnya. Pointnya adalah, di mana korang letak graf tu masa kena suruh
bayangkan tu? Mesti di depan mata korang seolah-olah tiba-tiba ada white board
kan untuk korang letak graf tu? Wahh. Hebat kan? Sedia white board siap!
Sekarang, berganjak ke third
test. Semua orang baca tak? kalau bace Alhamdulillah. Dapat pahala free. Hehe.. Haa, masa
korang baca surah al-fatihah tadi, ada ke sesiapa yang bayangkan ayat-ayat
surah tu dekat depan mata? Ada ke yang bayangkan ayat-ayat surah al-fatihah tu
ada dekat white board macam masa korang lukis graf tadi? Ada ke sesiapa yang
tiba-tiba terbayangkan muka surat pertama al-quran yang ada surah al-fatihah
tu? Ada ke? Kalau ada, anda special. Tapi, kebanyakan orang, termasuk saya, tak
terbayangkan ayat-ayat surah tu ada depan mata masa baca. Sebab apa?
Sebab pertama, sebab kita dah
hafal, dan dah terbiasa baca surah tu.
Sebab kedua, sebab
al-quran tu memang Allah letakkan di hati setiap manusia.
Even kalau baca surah lain pun,
susah untuk kita terbayang ayat-ayat surah tu sebijik-sebijik ada depan mata.
Sweet kan Allah? Allah letakkan al-quran tu dekat tempat yang paling penting
dalam diri kita. Raja kepada setiap anggota kita. Ye, al-quran tu memang
letaknya di HATI. Bukan di otak. Kalau kita menghafal benda pelajaran, kita
memang akan senang terbayang di otak, tapi tidak al-quran.
Tapi, kenapa kita susah nak
nangis bla baca al-quran? Kenapa kita susah nak hafal al-quran? Kenapa kita
susah nak amalkan apa yang ada dalam al-quran? Padahal al-quran itu letaknya di
hati?
Analogi;
Ada sehelai kertas yang putih
bersih, setiap hari kita conteng dengan pensil, sehingga lama-kelamaan kertas
putih tu semakin hitam dan tak nampak bahagian putihnya. Kalau nak nampak balik
bahagian putih kertas tu, kita kena rajinkan diri padam bekas-bekas pensil tu.
Walaupun susah, lama-lama akan hilang jugak.
Begitulah hati. Hati itu
hakikatnya suci bersih. Tapi kerana banyak sangat karat-karat jahiliyah yang
segan kita nak buang, hati yang suci tu menjadi hitam. Hati yang hitam &
penuh karat ni bak kata orang, kebal, susah nak tembus. Sebab tu al-quran tu
susah kita nak rasa kehebatannya. So, untuk mensucikan kembali hati, haruslah
kita bermujahdah membuang segala karat-karat jahiliah yang menghitamkan hati
tu. Baca al-quran setiap hari pun mampu untuk membersihkan hati. Nanti, bila
hati dah bersih, mesti ayat al-quran tu kita akan rasa rohnya bila baca.
Hebat kan Allah? Allah sayang
sangat dekat kita, sebab tu Allah bagi kita simpan surat cinta Dia dekat kita
di hati kita. Se'sweet' cerita Vanila Coklat pun, takkan mampu untuk lawan
sweetnya Allah ni. Betol x? haha..;-)
semoga ape yang saya smpaikan ini dapat kita hayati same2 dalam khidupan kita sharian..0k salam ukhwah fillah semua..
al quran kitab suci..:)
ReplyDelete