Dahulu hidupnya di dalam kemuliaan
dan kemewahan. Dia seorang perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik dan
juga menawan.
Siti Zulaikha…
Pada asalnya adalah dia merupakan
isteri kepada Al Aziz, seorang pembesar Mesir. Namun setelah ketiadaan
suaminya, ia menjadi jatuh miskin dan wajahnya menjadi kelihatan tua. Meskipun
begitu, kecintaannya kepada Nabi Yusuf A.S tetap sama. Tidak berubah malah hari
demi hari, zulaikha semakin merindui dan mencintai Nabi Yusuf A.S.
Hari-harinya berlalu dengan
kekecewaan. Zulaikha yang sebelum ini seorang penyembah berhala. Dia pernah
menghempas berhala – berhala tersebut sehingga pecah berderai. Sehinggalah pada
suatu masa, Zulaikha beriman kepada Allah SWT.
Pada suatu malam, Zulaikha bermunajat
kepada Allah SWT,
“Ya Allah, tidak sedikit pun harta
dan kekayaanku tinggal, semuanya telah musnah, dan aku telah menjadiorang yang
tua, terhina dan miskin. Lalu Engkau uji pula dengan rasa cinta terhadap Yusuf.
Maka pertemukanlah aku dengannya atau Engkau hilangkanlah rasa cinta
terhadapnya daripada qalbuku.”
Para malaikat mendengar munajat Siti
Zulaikha tersebut lalu berkata :
” Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Zulaikha telah datang ke HadhratMu, memohon kepadaMu dengan iman dan ikhlas.”
” Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Zulaikha telah datang ke HadhratMu, memohon kepadaMu dengan iman dan ikhlas.”
Maka
Allah berfirman :
” Wahai para malaikat Ku, telah dekat waktu keuntungan dan kebebasannya.”
Siti Zulaikha Menemui Rombongan Yusuf As.
” Wahai para malaikat Ku, telah dekat waktu keuntungan dan kebebasannya.”
Siti Zulaikha Menemui Rombongan Yusuf As.
Pada suatu hari, Nabi Yusuf A.S
berjalan melewati pondok Siti Zulaikha bersama dengan rombongan tenteranya.
Maka keluarlah Ziti Zulaikha dari dalam pondoknya, dan pergi menemui rombongan
Nabi Yusuf A.s lalu berkata,
” Maha Suci Zat yang telah menjadikan dengan RahmatNya seorang budak menjadi raja”
” Maha Suci Zat yang telah menjadikan dengan RahmatNya seorang budak menjadi raja”
Kemudian Yusuf A.s bertanya :
“Siapakah engkau?
“Siapakah engkau?
Zulaikha menjawab :
“Aku adalah orang yang telah membelimu dengan permata, intan, berlian, emas, dan minyak yang paling wangi. Akulah orang yang tidak pernah kenyang apabila makan semenjak aku menyintaimu, dan mataku tidak dapat dipejamkan semenjak memandangmu.

Lalu Nabi Yusuf A.s berkata :
“Mungkin engkau adalah Zulaikha!”
“Mungkin engkau adalah Zulaikha!”
Jawab Zulaikha,
“Benar Ya Yusuf”
“Benar Ya Yusuf”
Yusuf bertanya lagi,
“Kemanakah harta, kecantikan dan segala kemewahanmu yang dahulu?”
“Kemanakah harta, kecantikan dan segala kemewahanmu yang dahulu?”
Zulaikha menjawab,
“Semuanya telah lenyap lantaran cintaku kepadamu,
“Semuanya telah lenyap lantaran cintaku kepadamu,
Yusuf bertanya,
“Bagaimana dengan keadaan cintamu itu?
“Bagaimana dengan keadaan cintamu itu?
Zulaikha berkata,
“Cintaku tetap tidak berubah, malah setiap saat semakin menyintaimu
“Cintaku tetap tidak berubah, malah setiap saat semakin menyintaimu
Kemudian Yusuf as berkata kepada
Zulaikha,
“Apakah yang engkau inginkan lagi wahai Zulaikha?”
“Apakah yang engkau inginkan lagi wahai Zulaikha?”
Zulaikha menjawab,
“Aku mengingini tiga (3) perkara iaitu kecantikan, harta dan perkahwinan.”
“Aku mengingini tiga (3) perkara iaitu kecantikan, harta dan perkahwinan.”
Lalu Yusuf as berlalu pergi untuk
meninggalkan Zulaikha.
Allah SWT Menikahkan Nabi Yusuf as
dengan Zulaikha
Allah SWT telah mewahyukan Yusuf as
ketika baginda berlalu pergi meninggalkan Zulaikha.
“Wahai Yusuf, engkau telah berkata
kepada Zulaikha apa yang engkau inginkan. Akan tetapi engkau tidak memberikan
jawapan diatas keinginannya itu. Ketahuilah olehmu, bahawasanya Allah
telah mengahwinkanmu dengan Zulaikha, Dia telah mengucapkan khutbahnya sendiri,
disaksikan oleh para malaikat dan bidadari – bidadari yang pun telah menabur
bunga – bunga.
Nabi Yusuf as berkata kepada Jibril
as,
“Wahai Jibril, sesungguhnya Zulaikha tidak lagi memeliki harta dan kecantikan.
“Wahai Jibril, sesungguhnya Zulaikha tidak lagi memeliki harta dan kecantikan.
Jibral As lantas menjawab,
“Allah berfirman, walaupun Zulaikha tidak memeliki kecantikannya lagi, namun sesungguhnya Aku mempunyai kekuasaaan dan kebesaran.”
“Allah berfirman, walaupun Zulaikha tidak memeliki kecantikannya lagi, namun sesungguhnya Aku mempunyai kekuasaaan dan kebesaran.”
Kemudian Allah Swt memberikan kepada
Zulaikha rupa paras yang muda dan sangat cantik, melebihi daripada kecantikan
yang pernah dimilikinya dahulu. Lalu Allah SWT menanamkan ke dalam hati Yusuf
rasa cinta dan kasih sayang. Sebelumnya Yusuf sebagai orang yang dicintai,
namun sekarang Yusuf menjadi seorang pencinta. Sedangkan pada suatu ketika
dahulu Zulaikha menjadi seorang pencinta, kini dia menjadi orang yang dicintai.
Pedoman daripada kisah..
·
Allah lah yang menanam rasa cinta ke
dalam hati manusia
·
Kecantikan, ketampanan, kekayaan dan
segala macam bentuk kenikmatan adalah milik Allah dan Allah-lah yang berhak
memberi dan menarik kembali apabila tiba masanya.
·
Ketika di dalam kekecewaan dan
kebahagiaan, kita hendaklah menyerahkan segala – galanya kepada Allah Swt.
tulusnya cinta si zulaikha..
ReplyDeleteDarimanakah sumber rujukan kisah detail Zuilaikha dengan Nabi Yusuf a.s. ini diambil? Sebab ada banyak keraguan dalam alur cerita ini, terutamanya dialog Nabi Yusuf a.s. dengan Malaikat Jibril a.s. Tidak sesuai dengan makam Nabiullah Yusuf a.s. seorang yang sangat 'iffah.
Delete:)
ReplyDelete